Di sebalik tabir

HUBUNGI KAMI

TENTANG KAMI

Syarikat RYEN TRAVEL AND TOURS SDN BHD telah ditubuhkan secara rasminya pada 5 Oktober 2023. Segalanya bermula di atas sebuah impian, matlamat dan inspirasi bagi mengendalikan Pakej Umrah, Pakej Pelancongan dalam dan luar negara khususnya di rantau Asia Tenggara serta di Bumi Anbia.

Menyedari bahawa sektor pelancongan ini amat menggalakkan, maka RYEN TRAVEL AND TOURS SDN BHD akan menjaga dan mengekalkan reputasi antara sebuah syarikat perkhidmatan pelancongan yang terbaik di Malaysia dan
diyakini oleh semua.

Antara perancangan syarikat termasuklah mempelbagaikan sektor perkhidmatan seperti Tempahan tiket, Umrah & Ziarah, Tempahan Pakej Percutian Domestik dan Antarabangsa, mengendali penginapan hotel dan Homestay serta penubuhan pejabat-pejabat cawangan dan lantikan wakil-wakil promosi KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA.

Syarikat ini menyediakan perkhidmatan pelancongan yang efisyen, dan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelancongan bagi memenuhi kehendak dan keperluan permintaan khususnya Sektor Kerajaan, Sektor Swasta, Syarikat- syarikat Perniagaan sedia ada dan badan-badan berkanun.

OBJEKTIF

Berdasarkan prinsip “Rehlah Yang Engkau Nikmatkan”, kami akan sentiasa
memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik dalam menyantuni pelanggan mengikut garis panduan syarak serta memberikan kemanisan
dalam pengembaraan.

Menjadikan Syarikat sebagai agen menarik pelancong dalam dan luar
Negara supaya menjadikan Malaysia sebagai destinasi percutian pilihan.

Memberikan perkhidmatan menunaikan UMRAH yang diyakini umat Islam
Malaysia dalam mengerjakan ibadat Tuntutan ILLAHI.

Memberikan kerjasama dengan pihak kerajaan seperti Kementerian Pelancongan Malaysia, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia untuk mempromosikan Negara di mata dunia.

Mewujudkan rangkaian perhubungan dua hala dengan syarikat-syarikat
pelancongan sama ada dalam dan luar negara Mempromosikan MALAYSIA sebagai sebuah destinasi pelancongan yang terulung di dunia.

Menjadikan Ryen Travel and Tours Sdn Bhd sebagai medium kepada
para pengguna untuk mendapatkan pelbagai informasi berkenaan UMRAH
dan percutian yang terbaik dan diyakini.