TENTANG KAMI
Syarikat RYEN TRAVEL AND TOURS SDN BHD telah ditubuhkan secara rasminya pada 5 Oktober 2023. Segalanya bermula di atas sebuah impian, matlamat dan inspirasi bagi mengendalikan Pakej Umrah, Pakej Pelancongan dalam dan luar negara khususnya di rantau Asia Tenggara serta di Bumi Anbia.
Menyedari bahawa sektor pelancongan ini amat menggalakkan, maka RYEN TRAVEL AND TOURS SDN BHD akan menjaga dan mengekalkan reputasi antara sebuah syarikat perkhidmatan pelancongan yang terbaik di Malaysia dan diyakini oleh semua.
OBJEKTIF
Berdasarkan prinsip “Rehlah Yang Engkau Nikmatkan”, kami akan sentiasa memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik dalam menyantuni pelanggan mengikut garis panduan syarak serta memberikan kemanisan dalam pengembaraan.
MISI
Menjadikan Syarikat sebagai agen menarik pelancong dalam dan luar negara supaya menjadikan Malaysia sebagai destinasi percutian pilihan.
VISI
Menjadikan Ryen Travel and Tours Sdn Bhd sebagai medium kepada para pengguna untuk mendapatkan pelbagai informasi berkenaan UMRAH dan percutian yang terbaik dan diyakini.
TIPS UMRAH
Sabda Rasulullah S.A.W : “Umrah ke satu Umrah yang berikutnya adalah penebus dosa di antara keduanya, dan Haji Mabrur ganjarannya tiada lain kecuali Syurga” (H.R. Bukhari dan Muslim).
PEMERIKSAAN KESIHATAN
Kepada bakal haji/hajah, eloklah lakukan dahulu pemeriksaan menyeluruh tubuh (General Check Up) di makmal untuk mengesan sebarang penyakit yang mungkin ada tanpa disedari dan bagi mengetahui keadaan kesihatan secara jelas dan lengkap supaya doktor boleh mengambil tindakan ‘preventif’ (pencegahan) lebih awal.
LATIHAN FIZIKAL
Latihan fizikal seperti berjalan kaki sejauh purata 3 – 4 km, 2 kali seminggu adalah persediaan yang terbaik untuk membiasakan diri kita yang rata-rata akan menggunakan tenaga semasa pergi dan balik ke Masjid, melakukan tawaf serta saie (Saie dari Safa ke Marwah adalah lebih kurang 420 meter dan yang mengerjakan Saie akan berulang alik sejauh 2, 940 meter bersamaan lebihkurang 3 km).
PERBANYAKKAN MEMBACA AL-QURAN
Selain daripada pahala yang kita perolehi dari membacanya, ia amat bermunafaat kerana apabila kita berada ditanah suci selain dari ibadah umrah, pembacaan al-Quran adalah sesuatu yang amat digalakkan dan sekiranya dapat kita mengkhatam al-Quran dalam masa ibadah tersebut adalah menjadi satu kebaikan kepada kita.
100%
Diyakini dan terjamin
100%
Mesra & servis terbaik
1000
Booking yang masuk
100
Hotels with best view